Gerobok Rezeki (Food Bank)

Gerobok Rezeki (Food Bank)



31 Dec 21:00 - Penang
Masjid Bandar Perda

Route
More info

#bankin #gerobokrezeki

Kebajikan Nur Kasih Pulau Pinang : Maybank : 557090518816
Emel : nurkasihpulaupinang@gmail.com
(MOHON EMEL/PM SLIP DAN TAIP 'GEROBOK REZEKI' BAGI MEMUDAHKAN URUSAN REKOD NUR KASIH)

Bantuan/PM/Hubungi Kami (WhatsApp) :
Hasmizal --> www.wasap.my/60134004117
Wanis --> www.wasap.my/60195974878



Gerobok Rezeki (Food Bank) diwujudkan di :

1) Masjid Daerah Bandar Perda, Bukit Mertajam
2) Masjid Kubang Ulu, Bukit Mertajam

bagi membantu meringankan bebanan keluarga yang memerlukan. Projek ini diadakan sepanjang tahun/setiap masa dan memerlukan sokongan anda untuk berterusan dan berfaedah kepada semua.

Gerobok rezeki:

Bukan sekadar satu sedekah.

Bukan sekadar satu bantuan.

Bukan sekadar membeli rak diletakkan di masjid langsung ditinggal dengan harapan berjalan sendiri.

Gerobok rezeki adalah;

Satu medium mendidik masyarakat mengambil berdasarkan keperluan, memberi tanpa persoalan.

Satu medium mendidik masyarakat erti peduli insan dengan berkongsi rezeki.

Satu medium membina persepsi baik terhadap Islam khususnya institusi yang paling hampir dengan kita: masjid.

Apa peranan kita?

Bersama menzahirkan masjid sebagai pusat sehenti bantuan kecemasan bagi keperluan asas makanan.

Ada hak mereka pada rezeki kita.
Membina persepsi. Mendidik komuniti.
#gerobokrezeki
*****************
Sumbangan barang keperluan dapur amat dialu-alukan bagi mengisi/menambah stok makanan/keperluan dapur dalam 'Gerobok Rezeki' seperti :
- Beras
- Gula
- Garam
- Minyak masak
- Bihun
- Tepung
- Susu tin/Susu tepung
- Sardin
- Teh/Kopi/Milo
- dan lain² yang difikirkan perlu.

Sumbangan dana juga diterima untuk membeli barang² keperluan bagi menambah kekurangan stok.

Salurkan sumbangan anda ke Persatuan Kebajikan Nur Kasih Pulau Pinang : Maybank : 557090518816
Emel : nurkasihpulaupinang@gmail.com

*PENTING/PERINGATAN
PM/komen kepada admin untuk sebarang makluman sumbangan, maklumat lanjut atau pertanyaan.

Marilah bersama menyokong/menjayakan projek Gerobok Rezeki sambil membantu meringankan mereka yang memerlukan...



© 2018 Siguez